shape
shape
Sudah berabad lamanya pantun menjadi wadah dan wahana penting bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lainnya di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Pelbagai bangsa yang menggunakan pantun dan tersebar di seluruh Alam Melayu, meliputi kawasan-kawasan lain termasuk Sri Lanka dan benua Eropah.

       Puisi tradisional yang dikenali sebagai pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 30 bahasa bukan Melayu di seluruh daerah Alam Melayu ini. Pantun juga wujud dalam pelbagai bentuk seni dan pengubahsuaian yang mana nilai-nilai dasarnya yang dijelmakan nilai-nilai dasarnya dalam peribahasa, mantera, doa, upacara peminangan dan perkahwinan, persembahan seni, lagu, naratif dan pemikiran falsafah tradisional.

       Universiti Sains Malaysia bercadang akan mengadakan Seminar Pantun Antarabangsa pada 4-5 Oktober 2010. Seminar ini merupakan kerjasama antara Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) dan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan serta Dewan Bahasa dan Pustaka yang akan menjayakan seminar ini. Seminar ini adalah kesinambungan dari Seminar Pantun kali pertama yang telah diadakan pada tahun 2002 lalu.

HALAMAN UTAMA
Pautan
Hubungi
Pendaftaran
Maklumat
Halaman Utama